Masjid Al-Muttaqin
Hamra Makina Vacuum Cleaner
Memohon justifikasi Pembelian mesin vakum RM7000 Jenama Hamra Makina HM61 oleh Masjid Al-Muttaqin Tmn Equine
​
Objektif : Memohon justifikasi pembelian kerana harga yang tinggi
Cara Justifikasi :
-
Mohon dibentangkan 3 sebutharga yg telah dipertimbangkan dan minit Jawatankuasa Sebutharga.
-
Adakah JK Sebutharga telah meminta pandangan masjid lain yg pernah membeli jenama Hamra?
-
Bukti adakah pembelian mengikut Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan Dan Aset Masjid Dan Surau Negeri Selangor Tahun 2023
Pembelian dengan harga setinggi RM7000 ini perlu diperjelaskan oleh pihak yg telah meluluskan pembelian. Walaupun kos ditaja oleh syarikat atau individu , tetapi jika pembayaran melalui akaun masjid maka ia perlu diperjelaskan. Jika mesin tersebut dibeli oleh penaja dan diberi kepada masjid maka tiada justifikasi diperlukan.
Setakat 26 Ogos 2024 tiada jawapan diperolehi.
-
Pengenalan
Jenama Hamra Makina HM61 tidak popular dan tidak tersenarai dalam kebanyakkan senarai vacuum cleaner yg terbaik. Biasanya sebelum membuat pembelian barangan mahal, pembeli akan membuat penyelidikan. Bandingan harga melalui portal shopee dan lazada , carian seperti “top vacuum cleaner for carpet” , “mesin vakum heavy duty terbaik malaysia” adalah antara cara penyelidikan yg mudah dibuat . Jenama yg popular di Malaysia adalah Dyson , Karcher dan Bosch.
Dengan harga yg lebih murah , sepatutnya masjid al-muttaqin boleh mendapatkan vakum yg lebih baik. Atau dengan budget RM7000 lebih dari 1 mesin boleh dibeli.
Spesifikasi penuh boleh disemak di laman web https://www.mesinvakummasjidhamra.my/
​
2. Pembayaran
Bayaran telah dibuat pada 28Jan 2024 dan 11 Mac2024. Sepatutnya hanya boleh dibayar jika ada Minit JK Kariah .
3. Sebelum ini Masjid Muttaqin telah membeli vacuum berjenama Bosch GAS15PS pada 19 April 2018 dengan harga RM680. Berikut adalah pembentangan data yg telah dibuat sebelum pembelian dibuat pada tahun 2018 . Sepatutnya perkara yg sama dibuat sebelum membeli mesin HM61 RM7000.
​
Jika dibandingkan dengan model Hamra Makina, kelebihan BoschGAS15PS ialah ia sesuai untuk pembersihan kering dan basah (dry and wet). Dari segi harga juga sangat jauh beza RM7000 vs RM685.
Website Hamra Makina biasanya tidak menunjukkan harga barangnya.
https://www.hamramakina.com.tr/ versi English/Turkiye/Arab tiada harga
https://www.mesinvakummasjidhamra.my/ versi Malaysia – tiada harga
Memandangkan produk Hamra Makina berasal dari negara Turkiye, carian juga dibuat di platform dagang yg paling popular di Turkiye.
https://www.hepsiburada.com/hamra-cami-temizleme-supurgesi-hm61-pm-HB00000V90KX
​
Didapati harga RM7000 ini adalah overprice,terlalu tinggi dan mungkin tidak sepadan dengan spesifikasinya. Bandingan dibuat dengan negara lain kerana produk Hamra ini hanya dijumpai 2 pengedar shj di Malaysia.
4.Upah
Tawaran upah atau komisen RM500 dari penjual Hamra Makina menunjukkan harganya boleh ditawar lagi. Berikut adalah jawapan yg diterima pada 19 April 2024. Nombor +6011-1781 2410 diperolehi dari https://www.mesinvakummasjidhamra.my/ Biasanya produk yang tidak diletakkan harga di website perlu dirunding dengan teliti.
​